Jualan Makan Malam Amal

” MAJLIS MAKAN MALAM AMAL ”
(Sayangilah Kesayangan Allah & Rasul)

anjuran Bersama:

Rumah Permata Kasih
&
Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah

Majlis makan malam ini diadakan bagi mengumpul dana tabung Rumah Permata Kasih dan Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah. Majlis ini akan diadakan pada :

Tarikh : 22 Mac 2012/ 10 Jamadiawwal 1434H (Jumaat)

Masa : 8.00mlm – 11.00mlm

Tempat : Zamrud Ballroom, Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas

Nilai Jualan Meja

-Meja Berlian – RM3000
-Meja Intan – RM2000
-Meja Emas – RM1000
-Meja Perak – RM500

Datuk / Datin / Tuan / Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyumbangbakti dan beramal melalui Jualan Meja Amal ini bagi membantu Dana Tabung RPK & RJHAM. Anda boleh memilih samada untuk membeli jualan meja di atas atau anda menaja meja khususnya bagi golongan yang diraikan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, oku dan warga emas atau sebagai hadiah kepada ahli keluarga, saudara mara, teman istimewa, staf dan kakitangan syarikat atau jabatan anda.

Tempahan Meja Jualan :

1. Wan Shahrun : 0186650541
2. Subiha Safar : 0135038343

email : rumahpermatakasih@gmail.com

Belian Kerusi

Jika sekiranya anda berminat untuk membeli kerusi sahajapun adalah diterima samada anda ingin membelinya untuk peribadi anda dan keluarga ataupun anda menyumbangkannya (sponsor) untuk orang lain.

Jualan kerusi

01. Meja Berlian Rm300 (Satu kerusi)
02. Meja intan Rm200 (Satu kerusi)
03. Meja Emas Rm100 (Satu kerusi)
04. Meja Perak Rm50 (Satu Kerusi)

Sumbangan umum

Pihak Rumah Permata Kasih juga sangat mengalu-alukan sumbangan anda semua dalam apa jua bentuk demi untuk mencapai matlamat dan objektif Rumah Permata Kasih, baik dari segi material samada wang ringgit, makanan dan minuman dan segala keperluan pengurusan mereka seharian… dan apa sahaja yang boleh meringankan bebanan dan tanggungan pengurusan Rumah Permata Kasih. Semoga sumbangan anda dinilai sebagai jariah dan saham akhirat anda…InsyaALLAH

Bentuk Sumbangan :

a. Wang Tunai Saguhati Golongan diraikan
b. Hamper / cenderakenangan / cenderahati
c. Pelbagai bentuk sumbangan ikhlas anda dalam bentuk barangan seperti beras dll, pakaian, peralatan rumah, alatan perniagaan dsb

Salurkan Sumbangan anda :

1. Hubungi kami melalui wakil-wakil di atas.

2. Masukkan terus ke akaun berikut samada tunai atau cek :

Akaun : Maybank
Nama Akaun : Pusat Jagaan Permata Kasih
No akaun : 557090309604

Incoming search terms:

Tanya pasal iklan ini :

comments


http://rumahpermatakasih.blogspot.com/



Comments are closed.

Post Navigation